Trump Tandatangan Arahan Sekatan Ke Atas Russia

  • News Code : 845939
  • Source : Berita Harian
Brief

Presiden Donald Trump dengan berat hati menandatangani rang sekatan ke atas Russia menjadi undang-undang semalam, langkah yang disifatkan Moscow menyamai perang perdagangan berskala penuh.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Donald Trump dengan berat hati menandatangani rang sekatan ke atas Russia menjadi undang-undang semalam, langkah yang disifatkan Moscow menyamai perang perdagangan berskala penuh.

Kremlin juga menegaskan ia menamatkan sebarang harapan untuk hubungan lebih baik dengan pentadbiran Trump.

Kongres bersetuju dengan rang itu minggu lalu, meluluskan langkah yang bertentangan dengan kehendak Trump untuk memulihkan hubungan dengan Moscow.

Trump menandatangani rang itu secara tertutup, tanpa kemeriahan yang selalu mengiringi majlis menandatangani arahan eksekutif.

Beliau mengkritik langkah itu sebagai melanggar kuasanya untuk membentuk dasar luar, dan menegaskan boleh melakukan perjanjian jauh lebih baik dengan kerajaan berbanding Kongres.

Perdana Menteri Russia, Dmitry Medvedev, menyifatkan sekatan itu menyamai 'perang perdagangan berskala penuh', menambah dalam kenyataan di Facebook bahawa mereka ia menunjukkan pentadbiran Trump 'tidak berkuasa'.

"Harapan supaya hubungan kami dengan pentadbiran baru AS sudah berakhir," menurut kenyataan di Facebook itu.

Kebimbangan Trump mengenai sekatan itu, yang juga menjejaskan Iran dan Korea Utara, membangkitkan persoalan bagaimana beliau akan melaksanakannya mengenai Russia. - Reuters


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

We are All Zakzaky
Telegram