Trump Ugut Hantar Pendatang Mexico Ke Jepun

Trump Ugut Hantar Pendatang Mexico Ke Jepun

Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengugut Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe bahawa beliau akan menghantar 25 juta pendatang Mexico ke negaranya, menurut satu laporan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengugut Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe bahawa beliau akan menghantar 25 juta pendatang Mexico ke negaranya, menurut satu laporan.

Ia adalah satu daripada kenyataan pelik yang mengejutkan rakan-rakan pemimpin pada Sidang Kemuncak G7 yang berlangsung di Kanada, baru-baru ini.

Seorang pegawai Kesatuan Eropah (EU) berkata, di tengah-tengah perbincangan, Trump menyifatkan penghijrahan sebagai masalah besar untuk Eropah dan beliau kemudian berkata kepada Abe: "Shinzo, anda tidak berdepan dengan masalah ini, tetapi saya boleh hantar 25 juta orang Mexico dan anda (akan) letak jawatan tidak lama selepas mereka tiba di Jepun."

Menurut pegawai terbabit, kenyataan Trump itu mewujudkan rasa tidak selesa dalam kalangan pemimpin G7.

Trump sebelum ini berikrar untuk menghalang kemasukan pendatang tanpa dokumen dan pelawat Muslim ke AS.

Beliau turut mengarahkan pembinaan tembok di sepanjang sempadan AS-Mexico untuk membendung aliran pendatang dari Mexico dan Amerika Tengah. - Press TV


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky