Yaman Guna Peluru Berpandu Sendiri: Iran

Yaman Guna Peluru Berpandu Sendiri: Iran

Ketua Turus Pasukan Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) menyangkal dakwaan yang dibuat oleh Amerika Syarikat dan sekutunya bahawa Tehran telah membekalkan peluru berpandu kepada pasukan bersenjata di Yaman.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Ketua Turus Pasukan Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) menyangkal dakwaan yang dibuat oleh Amerika Syarikat dan sekutunya bahawa Tehran telah membekalkan peluru berpandu kepada pasukan bersenjata di Yaman.

"Peluru berpandu yang disasarkan ke atas Arab Saudi adalah senjata milik Yaman sendiri yang sebelum ini telah dinaiktaraf dan julat operasinya juga telah dipertingkatkan," kata Mejar Jeneral Mohammad Ali Jafari pada hari Ahad.

Beliau menambah dengan mengatakan bahawa tidak wujud sebarang kemungkinan untuk senjata seperti itu dipindahkan dari Iran ke Yaman.

Beliau berkata bahawa Amerika Syarikat dan rejim bonekanya telah menyebarkan pelbagai pembohongan dan tuduhan ke atas Iran.

"Bagaimana mungkin senjata -khususnya peluru berpandu- dihantar kepada negara yang dikepung secara keseluruhan dan sebarang kemungkinan untuk menghantar bahan makanan dan perubatan juga tidak wujud?" kata Jafari.

Duta A.S ke PBB, Nikki Haley sebelum ini membuat dakwaan bahawa peluru berpandu yang disasarkan ke atas Arab Saudi oleh para pejuang Yaman dibekalkan oleh Iran kepada mereka.

Pasuka diplomatik Iran ke PBB pula membalas dengan mengatakan bahawa dakwaan itu sama sekali tidak "berasas."

Di dalam sebuah kenyataan yang dikeluarkan oleh mereka susulan daripada tuduhan Haley, pasukan diplomatik itu berkata "Tuduhan ini dilontarkan untuk menutup jenayah Arab Saudi di Yaman yang turut melibatkan A.S sebagai rakan subahat dan mengalihkan perhatian serantau serta antarabangsa daripada kekerasan yang berterusan di Yaman..."

Menteri pertahanan Iran turut mengumumkan bahawa negaranya akan memfailkan rungutan kepada PBB berhubung dakwaan Haley yang mengatakan bahawa serpihan peluru berpandu yang ditemui di Arab Saudi berasal dari Iran.

Brigadier Jeneral Amir Hatami juga menambah bahawa juruteknik ketenteraan Iran juga sedang menyiasat tuduhan A.S itu. -ABNA24


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky