1 Maut, 2 Cedera Susulan Krisis Politik Sri Lanka

1 Maut, 2 Cedera Susulan Krisis Politik Sri Lanka

Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera apabila tembakan dilepaskan ketika krisis perlembagaan berhubung pemecatan Perdana Menteri Sri Lanka, Ranil Wickremesinghe bertukar ganas.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera apabila tembakan dilepaskan ketika krisis perlembagaan berhubung pemecatan Perdana Menteri Sri Lanka, Ranil Wickremesinghe bertukar ganas.

Pengawal peribadi Menteri Petroleum, Arjuna Ranatunga melepaskan lima tembakan ketika samseng setia kepada Presiden Sri Lanka Maithripala Sirisena menawan anggota Kabinet dalam pejabatnya, kata polis.

Seorang daripada mangsa yang ditembak dalam insiden itu, lelaki berusia 34 tahun, maut selepas dirawat, kata jurucakap hospital, Pushpa Soysa kepada AFP.

Ia adalah laporan pertama keganasan serius sejak Sirisena menyingkirkan Wickremesinghe Jumaat lalu dan melantik bekas pemimpin Mahinda Rajapakse sebagai Perdana Menteri baharu, mencetuskan huru-hara politik. - AFP


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky