9 Terbunuh Di Dalam Letupan Bom Berdekatan Sebuah Masjid Syiah

9 Terbunuh Di Dalam Letupan Bom Berdekatan Sebuah Masjid Syiah

Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh dan 18 lagi cedera dalam serangan bom berhampiran dengan sebuah masjid Syiah di ibu negara Afghanistan, Kabul.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh dan 18 lagi cedera dalam serangan bom berhampiran dengan sebuah masjid Syiah di ibu negara Afghanistan, Kabul.

Insiden maut itu tercetus selepas penyerang yang telahpun diarahkan berhenti di pusat pemeriksaan keselamatan berdekatan meletupkan alat peledak yang dibawanya, kata Nasrat Rahimi yang merupakan timbalan jurucakap di Kementerian Dalam Negeri Afghanistan.

Rahimi berkata penyerang itu dilihat cuba untuk menyasarkan sekumpulan orang ramai yang terdiri daripada anggota komuniti Hazara di Afghanistan. Kumpulan itu berkumpul untuk memperingati tokoh bernama Abdul Ali Mazari. Beliau merupakan pemimpin politik Hazara yang dibunuh oleh kumpulan militan Taliban pada tahun 1995.

Tiada kumpulan yang setakat ini mengaku bertanggungjawab terhadap serangan maut itu.

Masyarakat Hazara yang merupakan kumpulan etnik termiskin di negara tersebut menyumbang kira-kira 22 peratus daripada angka keseluruhan penduduk Afghanistan.

Kumpulan etnik yang menjadi sasaran sejak dahulu lagi di dalam beberapa siri penculikan dan pembunuhan beramai-ramai di seluruh Afghanistan telah mendorong mereka untuk berdemonstrasi di Kabul dan beberapa tempat lain di seluruh negara tersebut.

Disember lalu, berpuluh-puluh orang dilaporkan terbunuh di dalam sebuah serangan ke atas pusat kebudayaan Syiah di negara itu. Kumpulan pengganas Takfiri Daesh yang semakin berkembang-pesat dari segi jumlah anggota dan peluasan operasi di negara ini sejak dua tahun lalu mengaku bertanggungjawab di dalam serangan maut itu.

Pengganas Daesh dan militan Taliban juga membunuh berpuluh-puluh orang awam, kebanyakan mangsa terdiri daripada komuniti Syiah Hazara di dalam sebuah serangan ke atas sebuah kampung di wilayah utara Afghanistan, Sar-e Pul pada Ogos tahun lalu.

Di dalam perkembangan lain, Taliban dilaporkan telah melancarkan serangan maut dalam yang pantas ke atas sebuah kubu tentera yang terletak di wilayah terpencil, Takhar sekaligus menyebabkan enam orang anggota tentera terbunuh dan mencederakan lima yang lain, kata jurucakap Kementerian Pertahanan, Dawlat Waziri.








Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Arba'een
mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky