A.S Sebarkan Kutu Berpenyakit Di Korea

A.S Sebarkan Kutu Berpenyakit Di Korea

Angkatan tentera Amerika Syarikat menyebarkan kutu yang dijangkiti wabak di Korea Utara pada bulan Mac tahun 1952, menurut sebuah laporan berhubung peperangan bakteria yang diksiarkan di dalam laman maya.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Angkatan tentera Amerika Syarikat menyebarkan kutu yang dijangkiti wabak di Korea Utara pada bulan Mac tahun 1952, menurut sebuah laporan berhubung peperangan bakteria yang diksiarkan di dalam laman maya.

Laporan yang diterbitkan pada bulan Februari tahun 2018 menyebutkan sebuah insiden berhubung penyebaran kutu manusia yang dijangkiti wabak di sebuah kampung kecil.

Di laporan tersebut Pak Yun-Ho, seorang petani berusia 26 tahun yang dilahirkan dan dibesarkan di kampung itu dinukilkan terbangun pada jam 4:00 pagi akibat tindakan pesawat A.S (seperti yang didakwa oleh mangsa dan mereka yang lain) mengelilingi kawasan terbabit.

"Pesawat musuh terbang setelah beberapa kali mengelilingi (kawasan terbabit) tanpa melakukan sebarang serangan ber altitud rendah atau pengeboman. Saya tidak dapat tidur lagi selepas itu," kata Pak kepada penyiasat tempatan. "Song Chang-Won dan saya berpendapat bahawa penemuan kutu yang terapung dengan banyak di permukaan air pastilah telah dijatuhkan oleh pesawat Amerika yang mengelilingi kampung kami sebelum subuh hari. Oleh itu, kami segera memaklumkan pengerusi Jawatankuasa Rakyat Kampung tentang insiden ini," kata Pak kepada pewawancara.

Pada September 1952, Suruhanjaya Saintifik Antarabangsa bagi Penyiasatan Fakta berhubung Peperangan Bakteria di Korea dan China (ISC) telah mengeluarkan laporan yang mendapati bahawa Amerika Syarikat telah menjalankan peperangan biologi ketika Perang Korea berlangsung.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram