A.S Teruskan Sekatan

A.S Teruskan Sekatan

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump meng­umumkan satu tindakan yang menimbulkan keraguan dan persoalan banyak pihak dengan memperbaharui sekatan ke atas Korea Utara kerana Pyongyang dikatakan masih lagi memberi ‘ancaman luar biasa’.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump meng­umumkan satu tindakan yang menimbulkan keraguan dan persoalan banyak pihak dengan memperbaharui sekatan ke atas Korea Utara kerana Pyongyang dikatakan masih lagi memberi ‘ancaman luar biasa’.

Sekatan itu diumumkan 10 hari selepas Trump menyatakan Korea Utara tidak lagi memberikan ancaman susulan kejayaan sidang kemuncak antara kedua-dua negara di Singapura pada awal bulan ini.

“Saya akan meneruskan langkah ‘kecemasan negara’ selama satu tahun sebagai tanda hormat kepada Korea Utara,” jelas Trump dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh White House.

Menurut De­mok­rat, langkah terbaharu Trump itu jelas sekali bercanggah dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau pada 13 Jun lalu.

“Kenyataan daripada pentadbiran Trump sendiri tidak sama de­ngan apa yang dinyatakan oleh beliau pada beberapa minggu lalu.

“Kita harus menyelesaikan run­dingan ini dengan lebih serius. Menyebut masalah Korea Utara sudah selesai, tidak membawa sebarang makna,” kata anggota tertinggi Demokrat, Chuck Schumer.

Menerusi kenya­taan dimuat naik oleh Trump di laman Twitter rasminya, beliau kelihatan gembira kerana sidang kemuncak antara AS dan Korea Utara berjalan lancar.

Sementara itu, Setiausaha Negara, Mike Pompeo berkata, sekatan terhadap Pyongyang akan kekal selagi rundingan terhadap senjata nuklear Korea Utara masih berjalan.

Langkah berkenaan diumumkan selepas AS dan Korea Selatan membatalkan dua latihan ketenteraan bagi memberi sokongan terhadap rundingan diplomatik kedua-dua negara.

Trump juga berjanji untuk menamatkan latihan yang dijalankan setiap tahun bersama Seoul ketika sidang kemuncak antara Korea Uta­ra, sambil menyifatkan perkara itu adalah ‘provokatif’ dan ‘mahal’.

Tindakan terbabit turut mengejutkan ramai pihak kerana sebelum ini AS menegaskan latihan itu adalah kunci kepada pakatan ketenteraan dengan Seoul. – AFP/AGENSI


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky