China Tanggung Akibat Sekatan Ke Atas Pyongyang

  • News Code : 846897
  • Source : Berita Harian
Brief

China akan menanggung akibat paling besar daripada sekatan terbaharu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap Korea Utara susulan hubungan ekonomi yang akrab dengan negara itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - China akan menanggung akibat paling besar daripada sekatan terbaharu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap Korea Utara susulan hubungan ekonomi yang akrab dengan negara itu.

Menteri Luar China, Wang Yi berkata, ia bagaimanapun akan sentiasa menguatkuasakan resolusi itu.

Sabtu lalu, Majlis Keselamatan PBB sebulat suara mengenakan sekatan baharu terhadap Korea Utara, langkah yang dijangka mengurangkan pendapatan eksport tahunan negara itu hingga AS$3 bilion (RM12.83 bilion).

Bercakap di forum keselamatan serantau di Manila semalam, Wang berkata, resolusi baru itu menunjukkan China dan bantahan masyarakat antarabangsa terhadap ujian peluru berpandu berterusan Korea Utara, kata kementerian luar negara dalam satu kenyataan hari ini.

"Berikutan hubungan ekonomi China dengan Korea Utara, gergasi ekonomi dunia itu akan membayar harga yang mahal untuk melaksanakan resolusi itu," kata Wang.

"Tetapi dalam usaha untuk melindungi sistem bukan proliferasi antarabangsa dan kesejahteraan serta kestabilan serantau, China seperti sebelumnya akan melaksanakan sepenuhnya isi resolusi yang relevan."

China berkali-kali berkata, ia komited untuk menguatkuasakan resolusi PBB yang lebih tegas ke atas Korea Utara, walau dalam masa sama mengatakan perdagangan normal dan biasa dengan Korea Utara tidak harus terjejas.

Resolusi terbaharu PBB menyekat beberapa eksport Korea utara antaranya arang batu, besi, bijih besi, timah, bijih timah dan makanan laut.

Sekatan itu juga menghalang beberapa negara daripada menambah jumlah semasa pekerja Korea Utara yang bekerja di luar negara, usaha sama baharu dan pelaburan baharu dengan usaha sama sedia ada. -Reuters


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram