Daesh Senjata Pilihan A.S Di Timur Tengah: Iran

Daesh Senjata Pilihan A.S Di Timur Tengah: Iran

Menteri Pertahanan Republik Islam Iran, Brigadier Jeneral Amir Hatami berkata bahawa kemunculan dan perkembangan kumpulan pengganas Takfiri Daesh di Afghanistan merupakan sebuah "fenomena yang sangat berbahaya," sambil menyatakan kesediaan Tehran untuk bekerjasama dengan Kabul dalam memerangi keganasan di negara itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menteri Pertahanan Republik Islam Iran, Brigadier Jeneral Amir Hatami berkata bahawa kemunculan dan perkembangan kumpulan pengganas Takfiri Daesh di Afghanistan merupakan sebuah "fenomena yang sangat berbahaya," sambil menyatakan kesediaan Tehran untuk bekerjasama dengan Kabul dalam memerangi keganasan di negara itu.

"Kami menganggap Daesh sebagai alat keselamatan Amerika Syarikat dan kuasa hegemonik yang lain untuk mewujudkan ketidakstabilan di rantau ini, jadi pembasmian Daesh adalah antara dasar penting kerajaan dan Angkatan Bersenjata Republik Islam Iran," kata Hatami di dalam satu pertemuan dengan Menteri Pertahanan Afghanistan Tariq Shah Bahrami di Tehran pada hari Sabtu.

"Kami percaya bahawa Afghanistan tidak seharusnya menjadi tempat persaingan serantau dan antarabangsa, tetapi ia seharusnya menjadi pusat kerjasama serantau," katanya.

Beliau berkata Pemimpin Revolusi Islam Ayatullah Syed Ali Khamenei dan kerajaan Iran sentiasa menekankan pentingnya usaha memperkuat kerjasama dengan Afghanistan dalam semua bidang termasuk politik, ekonomi, kebudayaan, keselamatan, pertahanan dan ketenteraan.

Lewat bulan Januari lepas, Ayatullah Khamenei berkata Amerika Syarikat telah memindahkan Daesh dari Timur Tengah ke negara Asia Selatan untuk merasionalisasikan kehadiran ketenteraannya di rantau tersebut.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky