Etnik Uighur Dilarang Berpuasa

Etnik Uighur Dilarang Berpuasa

Kerajaan China didakwa sekali lagi cuba menghalang penduduk Islam minoriti Uighur di wilayah Xinjiang menjalani ibadah puasa.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Kerajaan China didakwa sekali lagi cuba menghalang penduduk Islam minoriti Uighur di wilayah Xinjiang menjalani ibadah puasa.

Menurut Kongres Uighur Sedunia (WUC), pegawai di wilayah itu telah mengarahkan seluruh restoran kekal beroperasi sepanjang Ramadan selain beberapa siri langkah telah dikuatkuasakan untuk menyekat orang Islam daripada melaksanakan Rukun Islam Ketiga itu.

Notis dikeluarkan Biro Industri dan Komersial Aksu di daerah Bay itu kononnya bertujuan untuk 'mempertahankan kestabilan'.

Jelas biro itu yang mengawal selia lesen perniagaan dan alkohol untuk restoran, ia akan mengukuhkan kepimpinan, kawalan dan pemeriksaan serta meluaskan skop propaganda di daerah itu sepanjang Ramadan.

Di daerah Hotan, kumpulan pelajar turut diarah berkumpul pada hari Jumaat untuk belajar secara kolektif, menonton filem komunis dan melakukan aktiviti sukan kononnya untuk memperkayakan kehidupan sosial mereka ketika cuti musim panas.

Sejak beberapa tahun lalu, pihak berkuasa telah melaksanakan siri langkah untuk menghalang orang Islam daripada berpuasa.

Mac lalu, kerajaan turut melarang pemakaian burqa dan menyimpan janggut sebelum mengenakan larangan pemberian nama anak berunsur Islam kira-kira sebulan selepas itu. - The Independent


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky