India Jual Aset Milik Keluarga Penduduk Islam

India Jual Aset Milik Keluarga Penduduk Islam

Waris individu yang melarikan diri ke Pakistan atau China selepas berlaku peperangan dengan India satu ketika dahulu kini khuatir kehilangan aset mereka termasuk hartanah pada bila-bila masa sahaja.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Waris individu yang melarikan diri ke Pakistan atau China selepas berlaku peperangan dengan India satu ketika dahulu kini khuatir kehilangan aset mereka termasuk hartanah pada bila-bila masa sahaja.

Ini berikutan tindakan India dijangka menjual lebih AS$400 juta (RM1.6 bilion) nilai saham syarikat yang ditinggalkan oleh individu-individu terbabit.

Menurut kerajaan India, pegangan saham ‘musuh’ negara tersebut di 966 syarikat dimiliki oleh 20,323 individu dan entiti.

Jualan itu itu dijangka meraih AS$413 juta (RM1.7 bilion) dan akan digunakan untuk program pembangunan dan kebajikan sosial.

Rampasan itu dibuat ketika India berkonflik dengan Pakistan pada 1947, 1965 dan 1971, selain berlaku perang sempadan dengan China pada 1962.

Saham berkenaan dianggap ‘aset musuh’ selain aset-aset lain seperti tanah, rumah, barang kemas yang dirampas.

Sehingga kini, waris individu-individu yang melarikan diri masih menduduki sesetengah hartanah yang ditinggalkan.

Kerajaan Perdana Menteri Narenda Modi telah meminda undang-undang kontroversi pada 2017 untuk mentakrifkan aset musuh termasuk yang dipegang waris individu yang masih berada di negara ini dan merupakan rakyat India.

Tindakan ini menimbulkan kemarahan kerana kebanyakan mereka yang meninggalkan negara ini ke Pakistan adalah orang Islam.

Kerajaan India pada Januari lalu telah mengenal pasti lebih 9,400 aset musuh untuk dilelong.

Daripada jumlah terbabit, sebanyak 9,280 hartanah di­tinggalkan oleh rakyat Pakistan dan 126 oleh warga China. – AFP


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky