India, Pakistan Berbalas Bedilan

India, Pakistan Berbalas Bedilan

India dan Pakistan berbalas bedilan meriam di wilayah Kashmir yang dipertikai, sekali gus memaksa ratusan penduduk melarikan diri, dan menimbulkan persoalan mengenai gencatan senjata hampir 15 tahun antara kedua-dua negara.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - India dan Pakistan berbalas bedilan meriam di wilayah Kashmir yang dipertikai, sekali gus memaksa ratusan penduduk melarikan diri, dan menimbulkan persoalan mengenai gencatan senjata hampir 15 tahun antara kedua-dua negara.

Bagaimanapun, tidak jelas apa yang menyebabkan pertempuran di Garisan Kawalan (LoC) semalam yang memisahkan wilayah Himalaya yang sebahagian besarnya dihuni penduduk Islam itu.

Ketegangan di wilayah itu memuncak sejak awal bulan ini, susulan serangan ke atas kem tentera India di Kashmir yang mengorbankan enam askar.

India menuduh Pakistan sebagai dalang serangan berkenaan dan mahu negara jirannya itu menanggung akibat "perbuatan" itu.

Superintendan, Imtiaz Hussain, berkata bedilan tentera Pakistan mengenai kawasan Uri, menyebabkan ratusan penduduk meninggalkan kediaman mereka.

Tentera India kemudian membalas bedilan, kali pertama senjata berat digunakan sejak gencatan senjata pada 2003.

Imtiaz berkata, pihak berkuasa Pakistan kemudian membuat pengumuman di sebuah masjid mengarahkan penduduk kampung di kawasan berhampiran LoC menyelamatkan diri mereka.

"Kira-kira 700 penduduk kini berlindung di sekolah di Uri," katanya. - Reuters


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Quds cartoon 2018
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky