Jong-Un Beri Lampu Hijau

Jong-Un Beri Lampu Hijau

'Pemeriksa antarabangsa akan dibenarkan memasuki tapak ujian nuklear milik Korea Utara yang telah dirobohkan'.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - 'Pemeriksa antarabangsa akan dibenarkan memasuki tapak ujian nuklear milik Korea Utara yang telah dirobohkan'.

Kenyataan itu dikeluarkan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Mike Pompeo, hari ini selepas mesyuarat bersama pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un yang mana beliau mengesahkan 'kemajuan penting' telah dibuat dalam proses 'nyahnuklear' yang dipersetujui sebelum ini.

Pompeo bertemu dengan Jong-un di Pyongyang untuk menyambung semula rundingan nyahnuklear yang terhenti selepas sidang kemuncak bersejarah antara Jong-un dan Presiden AS, Donald Trump di Singapura pada Jun lalu.

"Jong-un memberitahu beliau bersedia untuk memberikan akses kepada pemeriksa antarabangsa untuk melihat sendiri tapak ujian nuklear Punggye-ri. Kebenaran itu akan diberikan selepas kedua-dua belah pihak bersetuju dengan logistik," ujarnya dalam sidang media di Seoul sebelum berangkat untuk lawatan ke Bejing.

Jelasnya lagi, langkah nyahnuklear adalah proses yang panjang, namun ia telah menunjukkan kemajuan yang ketara.

Selain itu, diplomat AS itu turut mengesahkan kedua-dua negara juga telah mencapai persetujuan untuk menetapkan tarikh dan lokasi sidang kemuncak kedua antara Jong-un dan Trump.

Difahamkan, Korea Utara telah merobohkan kemudahan terletak di timur laut negara itu pada Mei lalu, namun masih belum membenarkan pemerhati antarabangsa memasuki tapak terbabit bagi mengesahkan proses tersebut. - AFP


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Arba'een
mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky