Jong Un Guna Pasport Palsu?

Jong Un Guna Pasport Palsu?

Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un dan mendiang bapanya, Kim Jong Il didakwa menggunakan pasport palsu Brazil bagi memohon visa untuk melawat negara Barat pada 1990-an.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un dan mendiang bapanya, Kim Jong Il didakwa menggunakan pasport palsu Brazil bagi memohon visa untuk melawat negara Barat pada 1990-an.

“Kedua-dua pasport itu jelas menunjukkan gambar Jong Un dan Jong Il sebagai cubaan untuk mendapatkan visa dari kedutaan asing. Mereka mahu melakukan perjalanan ke luar negara dan dalam masa sama mungkin membina laluan untuk melarikan diri,” kata sumber keselamatan kanan Barat yang enggan mendedahkan identitinya.

Jelasnya lagi, teknologi pengenalan wajah mengesahkan gambar itu adalah milik pemimpin Pyongyang itu dan bapanya.

Pasport berusia 10 tahun itu turut mempunyai cop Kedutaan Brazil di Prague bertarikh 26 Februari 1996.

Bagaimanapun, pasport dengan gambar Jong Un dikeluarkan menggunakan nama Josef Pwag dan tarikh lahirnya adalah pada 1 Februari 1983.

Manakala satu lagi pasport menggunakan nama Ijong Tchoi.

Siasatan awal sumber keselamatan Eropah mendapati kedua-dua pasport itu telah digunakan untuk memohon visa di sekurang-kurangnya dua negara Barat.

“Pasport itu juga mungkin digunakan untuk perjalanan ke Brazil, Jepun dan Hong Kong,” jelas laporan itu lagi. - Reuters


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky