Jong-Un Mahu Pyongyang Terus Hasilkan Senjata Pemusnah

Jong-Un Mahu Pyongyang Terus Hasilkan Senjata Pemusnah

Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un menggesa negara itu terus mengeluarkan kepala peledak nuklear secara besar-besaran dalam mesej tahun baharu semalam.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un menggesa negara itu terus mengeluarkan kepala peledak nuklear secara besar-besaran dalam mesej tahun baharu semalam.

Jong-un turut menegaskan beliau akan terus mempercepatkan program senjata yang sekali gus meningkatkan ketegangan antarabangsa.

Pyongyang secara dramatik meningkatkan usaha untuk menjadi kuasa nuklear pada 2017, walaupun terdapat sekatan antarabangsa dan peningkatan retorik dari Amerika Syarikat (AS).

“Kita perlu mengeluarkan peledak nuklear dan peluru berpandu balistik secara besar-besaran dan mempercepatkan penggunaannya,” kata Jong-un dalam ucapan tahunan kepada negara itu, mengulangi dakwaan Korea Utara mencapai matlamat menjadi negara berkuasa nuklear.

Jong-un dikritik masyarakat dunia selepas melakukan beberapa ujian peluru berpandu tahun lalu, selain melancarkan ujian nuklear keenam dan paling berkuasa yang dikatakan bom hidrogen pada September, lapor AFP.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Arba'een
mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky