Kabul Serah Bukti Militan Di Pakistan Lancar Serangan

Kabul Serah Bukti Militan Di Pakistan Lancar Serangan

Penunjuk perasaan mengadakan bantahan di luar Kedutaan Pakistan di ibu negara Afghanistan hari ini ketika pegawai kanan negara itu berkata mereka sudah menyerahkan bukti mengaitkan militan berpangkalan di Pakistan dengan siri serangan yang meragut lebih 100 nyawa.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Penunjuk perasaan mengadakan bantahan di luar Kedutaan Pakistan di ibu negara Afghanistan hari ini ketika pegawai kanan negara itu berkata mereka sudah menyerahkan bukti mengaitkan militan berpangkalan di Pakistan dengan siri serangan yang meragut lebih 100 nyawa.

Bantahan itu, yang menyaksikan puluhan peserta membakar bendera dan melaungkan 'Mati Pakistan', tidak besar tetapi dilakukan tempoh ketegangan di Kabul susulan dua serangan besar dalam masa dua minggu.

Hari ini, Menteri Dalam Negeri, Wais Barmak dan ketua perkhidmatan perisikan NDS, Masooom Stanekzai, kembali dari lawatan ke Islamabad, dan mendesak pihak berkuasa Pakistan bertindak ke atas pemimpin Taliban yang berada di negara itu.

"Kami memberikan dokumen kepada Pakistan mengenai pusat operasi Taliban di Pakistan dan berharap Pakistan bertindak ke atas mereka," kata Barmak kepada sidang akhbar di Kabul.

Bagaimanapun, beliau enggan memberikan butiran mengenai maklumat yang disampaikan, menyatakan keperluan memastikan operasi perisikan kekal sulit ketika siasatan diteruskan.

Delegasi keselamatan Pakistan dijangka melawat Kabul Sabtu ini untuk meneruskan perbincangan, yang dibuat ketika Amerika Syarikat memotong sebahagian bantuan kepada Islamabad berhubung apa yang disifatkan sebagai kegagalan negara itu menghapuskan serangan militan di Afghanistan.

Afghanistan sudah lama menuduh Pakistan memberikan perlindungan kepada Taliban dan militan lain, dakwaan yang dinafikan Islamabad, menyatakan pihaknya turut kehilangan banyak nyawa akibat keganasan militan sejak sekian lama. - Reuters


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Arba'een
mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky