Kem Pelarian Mega Buat Rohingya

  • News Code : 858810
  • Source : Sinar Harian
Brief

Kerajaan Bangladesh merancang memperluaskan kem pelarian mega di daerah selatan untuk menempatkan hampir 900,000 pelarian Rohingya yang mendapatkan perlindungan di negara itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Kerajaan Bangladesh merancang memperluaskan kem pelarian mega di daerah selatan untuk menempatkan hampir 900,000 pelarian Rohingya yang mendapatkan perlindungan di negara itu.

Kelmarin, Menteri Bantuan dan Pengurusan Bencana, Mofazzal Hossain Chowdhury Maya memberitahu, dianggarkan 890,000 pelarian akan dipindahkan ke tapak baharu berhampiran bandar sempadan Cox's Bazar.

"Kesemua mereka akan diletakkan di bawah satu tempat. Usaha itu bagaimanapun memerlukan lebih banyak kawasan," katanya.

Difahamkan, kem pelarian mega itu akan digelar sebagai Kutupalong Extension.

Projek kem mega tersebut turut mencetuskan kebimbangan doktor dan badan amal yang mendakwa pelbagai penyakit seperti kolera boleh tersebar dengan cepat di kawasan sesak seperti itu.

Ketika ini, terdapat hampir 24 kem dan khemah sementara didirikan di sepanjang sempadan, namun dua kem pelarian sedia ada telah ditutup.

Bulan lalu, kawasan seluas 809 hektar berhampiran kem Kutupalong telah disediakan untuk menempatkan pelarian Rohingya yang baru tiba di negara itu selain satu lagi kawasan berkeluasan 405 hektar diperuntukkan kepada golongan tersebut. - Agensi


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram