Ketua Pemeriksa IAEA Letak Jawatan

Ketua Pemeriksa IAEA Letak Jawatan

Ketua pemeriksa badan pemerhati nuklear Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meletak jawatan secara tiba-tiba, kata agensi itu semalam tanpa menyatakan sebarang sebab.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Ketua pemeriksa badan pemerhati nuklear Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meletak jawatan secara tiba-tiba, kata agensi itu semalam tanpa menyatakan sebarang sebab.

Peletakan jawatan Tero Varjoranta berlaku ketika waktu sensitif, tiga hari selepas Amerika Syarikat (AS) menarik diri daripada perjanjian nuklear beberapa negara kuasa dunia dengan Iran dan menimbulkan persoalan sama ada Tehran akan terus mematuhinya.

Sejak Oktober 2013, Varjoranta berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) dan Ketua Jabatan Perlindungan badan itu yang bertanggungjawab memantau pematuhan negara dunia kepada Perjanjian Anti-Proliferasi.

IAEA yang berpangkalan di Vienna berkata, jawatan beliau akan dipangku ketua pasukan Iran dalam jabatan itu.

"Peletakan jawatan Tero Varjoranta berkuat kuasa pada 11 Mei 2018. Ketua pengarah sudah melantik Massimo Aparo daripada Jabatan Pengesahan di Iran sebagai pemangku timbalan ketua pengarah dan ketua Jabatan Perlindungan berkuatkuasa serta merta," kata jurucakap IAEA. - Reuters


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram