Korea Utara Komited Laksana Pelucutan Nuklear

Korea Utara Komited Laksana Pelucutan Nuklear

Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un komited untuk melaksanakan pelucutan senjata nuklear bagi memastikan keamanan di Semenanjung Korea.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un komited untuk melaksanakan pelucutan senjata nuklear bagi memastikan keamanan di Semenanjung Korea.

Beliau memaklumkan komitmen itu kepada Kaunselor Negara China, Wang Yi yang berkunjung ke Korea Utara susulan pertemuan bersejarah antara Jong-un dengan Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in, baru-baru ini.


Menurut Wang Yi, pemimpin Korea Utara itu turut memaklumkan bahawa perubahan positif di Semenanjung Korea sekarang memberi manfaat kepada resolusi damai.

"Jong-un berkata Korea Utara berpendirian teguh dalam merealisasikan pelucutan senjata nuklear di Semenanjung Korea," ujar Wang Yi yang bertemu Jong-un di Pyongyang hari ini. - Reuters


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky