Menteri Pakistan Cedera Ditembak

Menteri Pakistan Cedera Ditembak

Menteri Dalam Negeri Pakistan, Ahsan Iqbal, ditembak di lengan dalam kejadian disyaki cubaan membunuh di tempat awam di Punjab tetapi selamat, kata pembantunya hari ini.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menteri Dalam Negeri Pakistan, Ahsan Iqbal, ditembak di lengan dalam kejadian disyaki cubaan membunuh di tempat awam di Punjab tetapi selamat, kata pembantunya hari ini.

"Ahsan Iqbal menjadi sasaran dan ditembak di lengan.

"Beliau tidak lagi dalam bahaya dan dibawa ke kemudahan perubatan di Lahore. Penyerang sudah ditangkap," kata pembantu kanannya, Asim Khan.

Perdana Menteri, Shahid Khaqan Abbasi, mengutuk serangan, yang dibuat ketika negara itu bersiap berhadapan pilihan raya persekutuan yang dijangka musim panas ini.

Jurucakap kerajaan Punjab, Malik Ahmed Khan, berkata Iqbal menghadiri mesyuarat di kawasannya di daerah Narowal ketika beliau ditembak di lengan kanan.

"Penyerang hendak melepaskan tembakan kedua apabila polis dan peserta mesyuarat menewaskannya," kata Khan, menambah Iqbal menjalani pembedahan dan mengesahkan beliau tidak berada dalam bahaya.

Serangan terhadap Iqbal dibuat ketika parti pemerintah, Liga Muslim Pakistan-Nawaz (PML-N) bergelut mendapatkan semula cengkaman menjelang pilihan raya umum selepas siri kemelut membabitkan pemimpin atasannya. - AFP


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Quds cartoon 2018
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky