Mesin Pembunuhan Rejim Israel

Mesin Pembunuhan Rejim Israel

Buku ini mendedahkan 'mesin pembunuhan' Israel sejak Perang Dunia Kedua yang telah membunuh ramai penduduk Palestin, Mesir, Syria dan saintis Iran.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Buku ini mendedahkan 'mesin pembunuhan' Israel sejak Perang Dunia Kedua yang telah membunuh ramai penduduk Palestin, Mesir, Syria dan saintis Iran.

Rise and Kill First: The Secret History of Israel's Targeted Assassinations hasil tulisan wartawan penyiasat, Ronen Bergman itu diterbitkan berdasarkan 1,000 temu bual dan fakta ribuan dokumen.

Buku setebal 600 muka surat itu mendedahkan pembunuhan dilakukan organisasi separa tentera yang beroperasi sebelum penubuhan rejim Tel Aviv pada 1948.

Menurut Bergman, rejim Israel telah melakukan pembunuhan terhadap ramai pemimpin Palestin termasuk menggunakan racun radiasi untuk membunuh bekas Presiden, Yasser Arafat.

Selain itu, empat saintis nuklear Iran turut dibunuh rejim Tel Aviv antara 2010 dan 2012.

Kajian dilakukan Bergman juga membongkar bagaimana pembunuhan saintis nuklear Jerman yang bekerja untuk Mesir pada 1950-an dan awal 1960-an selain butiran operasi menyasarkan saintis Teheran.

"Ia adalah mesin pembunuhan paling efisien dalam sejarah. Banyak teknik itu kemudiannya diguna pakai oleh Amerika Syarikat," jelasnya. - Press TV


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram