Nawaz Sharif Dilempar Kasut

Nawaz Sharif Dilempar Kasut

Seorang pelajar sekolah agama melempar kasut ke arah bekas Perdana Menteri, Nawaz Sharif ketika beliau berucap dalam satu perhimpunan di sini hari ini.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Seorang pelajar sekolah agama melempar kasut ke arah bekas Perdana Menteri, Nawaz Sharif ketika beliau berucap dalam satu perhimpunan di sini hari ini.

Nawaz, yang digulingkan daripada tampuk pemerintahannya tahun lalu atas tuduhan rasuah, kelihatan terkejut apabila kasut tersebut terkena bahunya.

Insiden itu disiarkan secara langsung di semua siaran televisyen negara ini.

Pelajar berkenaan kemudiannya naik ke atas pentas, di mana Nawaz berdiri dan mula menjerit sebelum dia ditahan oleh orang ramai dan diserahkan kepada polis. - AFP


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky