Parti Komunis China Beri Amaran Bahaya Percaya Tuhan

  • News Code : 860006
  • Source : Free Malaysia Today
Brief

Sebuah akhbar China yang menjadi lidah Parti Communist yang memerintah negara itu memberi amaran kepada ahlinya tidak “berdoa kepada Tuhan dan menyembah Buddha” kerana komunisme adalah tentang ateisme, dan kepercayaan karut menjadi punca pemimpin korup mengalami kejatuhan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Sebuah akhbar China yang menjadi lidah Parti Communist yang memerintah negara itu memberi amaran kepada ahlinya tidak “berdoa kepada Tuhan dan menyembah Buddha” kerana komunisme adalah tentang ateisme, dan kepercayaan karut menjadi punca pemimpin korup mengalami kejatuhan.

China secara rasmi menjamin kebebasan agama untuk agama utama seperti Kristian, Buddha dan Islam, tetapi ahli Parti Komunis sepatutnya diseru berfahaman ateisme dan dilarang daripada menyertai apa yang digelar sebagai amalan karut di negara itu seperti meminta bantuan tukang tilik.

Akhbar People’s Daily dalam komentarnya berkata sudah menjadi kebiasaan dalam beberapa tahun ini, pemimpin yang diturunkan kerana rasuah adalah mereka yang menyertai “aktiviti karut feudal”.

“Malahan, sesetengah pemimpin biasanya akan ke biara, berdoa kepada Tuhan dan menyembah Buddha,” kata akhbar itu.

“Sesetengah pemimpin terlalu memikirkan untuk berbaik dengan mahaguru, mahu bersaudara dengan mereka dan menjadi penurut dan sumber duit mereka.”

Penduduk China, terutama pemimpin negara, mempunyai tradisi lama untuk meletakkan kepercayaan mereka dalam tilikan dan ramalan untuk mencari jawapan dalam masa keraguan, terdesak dan celaru.

Amalan itu berdepan ancaman apabila Presiden Xi Jinping yang memerintah pada akhir 2012 mengenakan tindakan keras ke atas rasuah yang sudah lama berakar umbi, di mana ramai pemimpin kanan dipenjara waktu itu.

People’s Daily menyebut contoh Li Chuncheng, bekas timbalan ketua parti di Sichuan yang dipenjara 13 tahun pada 2015 kerana rasuah dan salah guna kuasa, dan menurut akhbar itu, beliau adalah seorang penggemar amalan Fengshui dan tilikan Cina tradisional.

Seorang pemimpin lebih muda di wilayah selatan negara iaitu Jiangxi, memakai tangkal untuk menghalau nasib malang, menurut akhbar itu.

“Sebagai seorang pemimpin, jika kamu habiskan masa memikirkan perkara yang tidak jujur, kamu pasti akan jatuh akhirnya,” kata akhbar itu.

Pengasas China moden, Mao Zedong, melarang ramalan nasib dan kepercayaan karut di China yang mengamalkan komunisme, tetapi kepercayaan demikian mula kembali sejak negara itu menerima perubahan ekonomi dan mula lebih terbuka pada akhir 1970an.

Dalam salah satu kes terbaru yang terkenal, bekas ketua keselamatan China Zhou Yongkang dipenjara seumur hidup disebabkan tuduhan mengatakan beliau membocorkan rahsia negara yang tidak diketahui kepada seorang tukang tilik dan bomoh bernama Cao Yongzheng, yang terkenal sebagai “pendeta Xinjiang” sempena nama tempat beliau dibesarkan.

Akhbar People’s Daily berkata pemimpin mestilah ingat kata-kata Marx, “Komunisme bermula daripada permulaan ateisme”.

“Kepercayaan karut adalah pencemaran pemikiran dan mengebaskan kerohanian yang tidak boleh dipandang lekeh dan mestilah diusir sehabisnya,” tambah akhbar itu.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram