Peluru Berpandu Israel Bedil Damsyik

Peluru Berpandu Israel Bedil Damsyik

Dua peluru berpandu Israel dilaporkan membedil kawasan berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik, tetapi tiada sebarang maklumat lanjut diperoleh setakat ini.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Dua peluru berpandu Israel dilaporkan membedil kawasan berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik, tetapi tiada sebarang maklumat lanjut diperoleh setakat ini.

Agensi berita rasmi Syria pada awal pagi tadi dilaporkan sebagai berkata "dua peluru berpandu Israel dilancarkan berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik".

Ketua Pemantau Hak Asasi Manusia Syria, Rami Abdel Rahman yang berpusat di London mendakwa bahawa peluru berpandu Israel membedil depoh senjata Hizbullah yang terletak berhampiran lapangan terbang berkenaan.

Beliau menambah, sistem pertahanan udara Syria gagal memintas peluru berpandu terbabit.

Israel sebelum ini memberi amaran berhubung kekuatan pasukan tentera Iran yang semakin bertambah di negara jiran Syria, dan dianggap sebagai mengancam keselamatan mereka.

Rejim Zionis itu kerap melancarkan serangan ke atas kedudukan tentera Syria. - AFP


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky