Penunjuk Perasaan Berhimpun Di Ibu Kota Armenia

Penunjuk Perasaan Berhimpun Di Ibu Kota Armenia

Ribuan penunjuk perasaan yang terdiri daripada penyokong pemimpin pembangkang, Nikol Pashinyan, menyekat laluan utama ke ibu kota serta lapangan terbang hari ini.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Ribuan penunjuk perasaan yang terdiri daripada penyokong pemimpin pembangkang, Nikol Pashinyan, menyekat laluan utama ke ibu kota serta lapangan terbang hari ini.

Bantahan terjadi berikutan keputusan Parlimen yang dikuasai Parti Republikan menyekat cubaan Pashinyan untuk mengambil alih tugas sebagai Perdana Menteri.

Terdahulu, Pashinyan mengetuai protes anti-kerajaan di negara kecil bekas Soviet itu yang menyaksikan bekas perdana menteri Serzh Sargsyan meletak jawatan.

"Sekiranya semua orang mengambil bahagian, ini akan menjadi kemenangan bagi seluruh rakyat Armenia. Perjuangan kita adalah perjuangan tanpa kekerasan," katanya.

Pashinyan, dipenjara dua tahun kerana mencetuskan rusuhan selepas pilihan raya presiden 2008, dikemukakan ke Parlimen sebagai satu-satunya calon Perdana Menteri.

Jika Parlimen gagal memilih Perdana Menteri baharu dengan sokongan majoriti sebanyak dua kali, pilihan raya perlu diadakan. -Reuters


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky