Perang AS-Korea Utara Tamat Tidak Lama Lagi

Perang AS-Korea Utara Tamat Tidak Lama Lagi

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan pemimpin Korea Utara Kim Jong-un telah mencapai kata sepakat untuk menamatkan perang dalam sidang kemuncak yang berlangsung di Singapura.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan pemimpin Korea Utara Kim Jong-un telah mencapai kata sepakat untuk menamatkan perang dalam sidang kemuncak yang berlangsung di Singapura.

Trump  menyifatkan pertemuan dengan Jong un itu berlangsung dalam suasana jujur dan produktif.

“Ia menunjukkan bahawa perubahan memang boleh berlaku, malah pertemuan ini berlaku dalam suasana yang jujur dan produktif. Kami bersedia untuk memulakan sejarah yang baharu, babak baharu antara negara-negara kami.

“Kami menandatangani kenyataan bersama yang juga merupakan komitmen supaya Korea Utara meluputkan kuasa nuklear,” katanya.

Sementara itu, Jong un pula memaklumkan kepada Trump bahawa Korea Utara sudah pun mula memusnahkan tapak percubaan enjin peluru berpandu.

“Jong un memberitahu saya bahawa Korea Utara sudah pun mula memusnahkan tapak percubaan enjin peluru berpandu.”

“Kami mengimpikan masa hadapan di mana semua warga Korea boleh hidup dalam keadaan harmoni, di mana keamanan akan menggantikan peperangan, dan ini hampir dalam genggaman kami. Meskipun orang ramai berasa perkara tersebut mustahil untuk berlaku,” katanya.

Bahkan, Trump turut menyatakan bahawa perang dengan Korea Utara akan berakhir tidak lama lagi.

Dalam pada itu, Trump mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong kerana menjadi tuan rumah cemerlang untuk pertemuan bersejarah itu.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Arba'een
mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky