Perang Perdagangan A.S-China

Perang Perdagangan A.S-China

Amerika Syarikat (AS) mengenakan tarif baharu ke atas barangan dari China yang bernilai AS$200 bilion (RM828 bilion) yang bakal memburukkan lagi perang perdagangan dengan Beijing.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Amerika Syarikat (AS) mengenakan tarif baharu ke atas barangan dari China yang bernilai AS$200 bilion (RM828 bilion) yang bakal memburukkan lagi perang perdagangan dengan Beijing.

Cukai tersebut melibatkan hampir 6,000 barangan termasuk beg tangan, beras dan tekstil, sekali gus menjadi pusingan tarif terbesar yang dikenakan Washington setakat ini.

Difahamkan, ia akan berkuatkuasa bermula 24 September ini yang bermula 10 peratus dan meningkat kepada 25 peratus bermula awal tahun depan melainkan kedua-dua negara mencapai persetujuan.

Menurut Presiden Donald Trump, pusingan baharu tarif itu kononnya sebagai tindak balas ke atas amalan perdagangan tidak adil China termasuk peraturan dan subsidi yang memerlukan syarikat asing di beberapa sektor untuk membawa rakan kongsi tempatan.

"Kami sangat jelas mengenai perubahan ini dan kami telah memberi China peluang untuk memberi layanan yang adil kepada kami. Tetapi, sehingga kini, China enggan mengubah amalan mereka," kata jutawan hartanah tersebut.

Trump turut memberi amaran jika Beijing bertindak balas, Washington akan melaksanakan 'fasa tiga' melibatkan tarif dengan cukai ke atas barangan China bernilai AS$267 bilion (RM1.1 bilion).

Sementara itu, China menegaskan mereka akan melakukan tindak balas terhadap AS selepas pengumuman tarif baharu itu dibuat.

"Untuk melindungi hak dan kepentingan sah serta perintah perdagangan bebas global, Beijing tiada pilihan lain dan perlu bertindak balas," menurut Kementerian Perdagangan dalam satu kenyataan.

Ia bagaimanapun tidak menyebut ancaman sebelum ini untuk mengenakan tarif ke atas barangan import AS bernilai AS$60 bilion (RM248 bilion) jika Washington mengenakan gelombang baharu levi.

"Tindakan AS hanya membawa ketidakpastian terhadap rundingan antara kedua belah pihak," ujarnya lagi. - Agensi


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Arba'een
mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky