Pesan Syed Ali Khamenei Kepada Jemaah Haji 2018

Pesan Syed Ali Khamenei Kepada Jemaah Haji 2018

Pemimpin Revolusi Republik Islam Iran, Ayatullah Syed Ali Khamenei pada hari Isnin semalam telah mengeluarkan sebuah kenyataan kepada jemaah haji seluruh dunia yang mengandungi mesej bahawa "Amerika Syarikat menghasut kaum muslimin untuk berperang di antara satu sama lain."

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pemimpin Revolusi Republik Islam Iran, Ayatullah Syed Ali Khamenei pada hari Isnin semalam telah mengeluarkan sebuah kenyataan kepada jemaah haji seluruh dunia yang mengandungi mesej bahawa "Amerika Syarikat menghasut kaum muslimin untuk berperang di antara satu sama lain."

Teks penuh kenyataan Pemimpin Revolusi Repbulik Islam Iran itu adalah seperti berikut:

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Semua Pujian adalah milik Allah dan salam serta salawat kita utuskan kepada Rasul utusan-Nya, Al-Mustafa dan kepada ahli keluarga baginda yang suci lagi mulia serta kepada para sahabatnya yang terpilih.

Allah Yang Maha Tinggi berfirman: "Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh.""Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu,..." {Quran: 22: 27 & 28}

Panggilan syurgawi ini sejak dari dahulu telah mengusik hati manusia dan mengundang mereka untuk berkumpul di sekitar pusat ketauhidan. Panggilan mulia Ibrahim a.s ini ditujukan kepada seluruh umat manusia; walaupun, seruan ini tidak sampai ke beberapa ceruk ayng jauh ; ataupun disebabkan oleh hijab kejahilan dan ketidakacuhan, sebahagian manusia gagal untuk mendengarnya; ataupun mereka telah kehilangan peluang untuk menyertainya kerana kegagalan dalam mempersiapkan hati dalam rangka melayakkan diri untuk turut serta di dalam perayaan global yang abadi ini.

Kalian pada ketika ini sedang menikmati berkat ini -seruan haji- dan telah melangkah masuk ke ruang aman milik Tuhan. Arafat, Mash'ar, Mina, Safa, Marwa, Masjid Al-Haram serta Masjid Nabi; setiap lokasi (yang disebutkan) dan manasik yang berkaitan (dengannya) mewakili satu titik di dalam rantai kerohanian dan pembersihan jiwa bagi seorang peziarah yang mengenal dengan baik nilai peluang tersebut. Mereka kemudiannya akan memanfaatkan (peluang itu) untuk memurnikan diri mereka sebelum dijadikan bekalan [kerohanian] di sepanjang hayat yang tersisa.

Perkara penting yang membuat setiap orang yang berfikir berasa ingin tahu adalah falsafah penetapan tempat pertemuan yang kekal buat semua orang dan semua generasi sepanjang sejarah; (yakni ibadah haji berlangsug) di tempat yang telah ditentukan dan di dalam tempoh masa yang juga telah ditetapkan secara kekal. Masa dan tempat yang unik ini mengandungi salah satu rahsia penting ibadah haji itu sendiri. 

Tidak syak lagi, salah satu contoh terbaik untuk tajalli mafhum "melihat manfaat mereka" {Quran: 22:27} (yang termaktub di dalam Quran) adalah pertemuan tahunan semua umat Islam itu sendiri di sekitar rumah Tuhan. Perkara ini sebenarnya adalah kunci kepada Kesatuan Islam, dan simbol pembentukan Umat Islam, yang berada di bawah perlindungan rumah Tuhan. Rumah Tuhan adalah milik semua: "...Masjid Al-Haraam (Makkah) yang Kami jadikannya untuk seluruh umat manusia (yang beriman) - sama ada yang tinggal menetap di situ atau yang datang berziarah;" (Quran: 22: 25)

Haji, di tempat dan masa yang telah ditetapkan ini selama bertahun-tahun ini memanggil umat Islam kepada perpaduan dan kesatuan melalui penyampaian dan lojik yang jelas.

Dan (falsafah) ini sama sekali bertentangan dengan apa yang dikehendaki oleh musuh-musuh Islam; (mereka bahkan) menghasut kaum muslimin untuk berperang di antara satu sama lain khususnya pada masa ini. Lihatlah tingkah laku A.S. yang sombong pada hari ini. Polisi paling penting mereka terhadap Islam dan umat Islam adalah perang (dan konfrontasi). Hasrat dan usaha ganas mereka bertujuan untuk membunuh kaum Muslim dengan menggunakan kaum Muslim yang lain: hingga menyebabkan sekumpulan penindas menyerang orang yang tertindas, (A.S juga) menyokong para penindas dan menindas kaum tertindas melalui perantaraan mereka; dan secara berterusan membangkitkan konspirasi yang mengerikan ini.

Umat ​​Islam perlu sedar dan bangkit untuk menamatkan tingkah laku syaitan ini. Ibadah haji mempersiapkan platform untuk mewujudkan kesedaran ini dan dalam masa yang sama membawa falsafah penolakan umat Islam kepada orang-orang kafir dan kuasa arogan.

Intipati haji adalah mengingat Allah. Dalam semua keadaan, mari kita menghidupkan semula dan mengukuhkan hati kita dengan hujan rahmat ini; dan menguatkan ketergantungan dan kepercayaan kita kepada-Nya, yang merupakan sumber kuasa, kemuliaan, keadilan, dan keindahan. Kita akan menangani serangan musuh dengan cara ini. Jemaah haji yang dihormati, jangan lupa berdoa untuk umat Islam, orang-orang yang ditindas di Syria, Iraq, Palestin, Afghanistan, Yaman, Bahrain, Libya, Pakistan, Kashmir dan Myanmar dan bahagian lain di dunia, mohonlah kepada Allah untuk memotong tangan Amerika Syarikat dan kuasa angkuh yang lain serta penyokong mereka.

Semoga salam sejahtera dan rahmat Tuhan bersama kalian semua,

Syed Ali Khamenei

19 Ogos 2018

7 Zulhijjah 1439

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky