Raja Salman Batal Lawatan Ke Maldives

  • News Code : 818509
  • Source : ABNA24
Brief

Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud yang merupakan pemimpin kepada kerajaan Arab Saudi telah membatalkan lawatannya ke Maldives dengan alasan risiko jangkitan selsema khinzir yang kini merebak di ibu negara yang terletak di kepulauan lautan Hindi.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud yang merupakan pemimpin kepada kerajaan Arab Saudi telah membatalkan lawatannya ke Maldives dengan alasan risiko jangkitan selsema khinzir yang kini merebak di ibu negara yang terletak di kepulauan lautan Hindi.

Menteri Luar Maldives, Mohamed Asim pada hari Jumaat mengumunkan bahawa lawatan yang dijadualkan bermula pada hari Sabtu itu telah "ditangguhkan berikutan kewujudan masalah selsema (khinzir) di Maldives."

Beliau turut menambah bahawa lawatan raja yang berusia 81 tahun itu ke negara tropikal tersebut akan diumumkan kemudia. Lawatan ke Maldives sepatutnya akan menutupi siri lawatan raja tersebut ke beberapa buah negara Asia termasuk, Malaysia, Indonesia, Brunei, China dan Jepun.

Pihak berkuasa kesihatan Maldives berkata bahawa puluhan orang telahpun diuji positif pada bulan ini dengan penyakit H1n1 yang juga dikenali sebagai selsema khinzir. Perkara itu dilaporkan berlaku di ibu kota Maldives, Male. Setakat ini, dua orang mangsa telahpun dilaporkan meninggal dunia.

Pihak kerajaan setakat ini telahpun mengarahkan penutupan sekolah-sekolah dan memberikan nasihat kepada penduduk di pulau-pulau lain untuk tidak melawat pulat yang menempatkan ibu kote Maldives sendiri.

Parti pembangkang utama negara itu, Parti Demokratik Maldives (MDP) sebelum ini memprotes kehadiran Raja Salman sambil mendakwa bahawa Presiden Abdulla Yameen Abdul Gayoom berhasrat menjual sebuah pulau negara itu kepada rejim Riyadh.

Pada awal bulan ini, bekas Presiden Maldives, Mohamed Nasheed berkata bahawa pelaburan bernilai beberapa bilion dolar di pulau Faafu secara efektifnya akan memberikan kuasa asing untuk memperolehi kawalan ke atas kawasan itu. Perkara itu dianggap sebagai sebuah bentuk kolonialisasi daripada pihak rejim Riyadh.

MDP turut memberi amaran bahawa penjualan tersebut akan membantu mempromosikan ajaran Wahhabisme di negara itu.

Maldives merupakan salah sebuah negara di mana rakyatnya dilaporkan terlibat dengan kumpulan Takfiri Daesh yang menciptakan keganasan di Syria dan Iraq.

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram