Seoul Desak Pyongyang Bincang Program Nuklear

Seoul Desak Pyongyang Bincang Program Nuklear

Korea Selatan dan Amerika Syarikat bersetuju membatalkan latihan tentera bersama hingga tamat Sukan Paralimpik Musim Sejuk, pada 25 Mac depan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Korea Selatan dan Amerika Syarikat bersetuju membatalkan latihan tentera bersama hingga tamat Sukan Paralimpik Musim Sejuk, pada 25 Mac depan.

Menteri Penyatuan Korea Selatan, Cho Myoung-gyon, berkata demikian sambil mendesak Pyongyang mengambil peluang untuk berbincang dengan Washington berhubung program nuklear negara itu.

Latihan 'The Foal Eagle and Key Resolve' sentiasa menimbulkan kebimbangan kepada Pyongyang yang menganggap ia sebagai pencerobohan dan satu bentuk provokasi.

"Setiap kali latihan tentera bermula, Korea Utara akan naik berang dan melancarkan tindakan provokasi, hingga mendesak sekatan baharu dilaksanakan," kata Myoung-gyon.

Sebelum ini, Pyongyang bersetuju untuk menghantar atlet dan delegasi sokongan bagi menyertai Sukan Olimpik Musim Sejuk di Pyeongchang, bulan depan.

Selain itu, Korea Utara juga bersetuju membentuk pasukan hoki ais wanita bersama Korea Selatan. - AFP


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky