Syarikat Di Jepun Alami Serangan Ransomware Global

  • News Code : 830177
  • Source : Bernama
Brief

Serangan siber ransomware global yang melanda beberapa negara di dunia pada minggu lepas turut melanda Jepun serta menjejaskan sistem komputer sebahagian syarikat dan majlis perbandaran di negara itu, lapor agensi berita Jepun Jiji Press.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Serangan siber ransomware global yang melanda beberapa negara di dunia pada minggu lepas turut melanda Jepun serta menjejaskan sistem komputer sebahagian syarikat dan majlis perbandaran di negara itu, lapor agensi berita Jepun Jiji Press.

Sistem komputer syarikat elektronik gergasi Hitachi Ltd berjaya dipulihkan apabila beberapa mesej e-mel dan lampiran dapat disekat oleh pegawai syarikat berkenaan.

Komputer di pejabat cawangan timur Jepun Railway Co (JR East) diserang virus itu pada Jumaat iaitu virus sama dikaitkan dengan serangan siber global.

Menurut laporan media luar negara, terdapat 200,000 kes serangan ransomware global di 150 buah negara.

Nissan Motor Co di Sunderland, Britain terpaksa menghentikan pengeluaran pada malam Jumaat kerana akibat serangan siber berkenaan.

Syarikat pembuat perisian antivirus utama Jepun Trend Micro Inc mendapati terdapat sembilan serangan ransomware dan menerima 175 pertanyaan dari Jumaat hingga 4 petang Isnin.

Sementara itu, Agensi Polis Kebangsaan Jepun berkata sebanyak tujuh kes kerosakan domestik diterima sehingga 5 petang hari sama. - Bernama


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram