Tayangan Filem Ratu Hindu Dikawal Ketat

Tayangan Filem Ratu Hindu Dikawal Ketat

Ribuan polis berpakaian antirusuhan berkawal di pawagam seluruh India hari ini susulan tayangan filem mengisahkan legenda seorang permaisuri beragama Hindu dan raja beragama Islam.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Ribuan polis berpakaian antirusuhan berkawal di pawagam seluruh India hari ini susulan tayangan filem mengisahkan legenda seorang permaisuri beragama Hindu dan raja beragama Islam.

Tayangan filem itu mencetuskan ancaman keganasan pengikut fanatik Hindu kerana didakwa memberi gambaran salah mengenai Permaisuri Padmavati sementara sejarawan ragu-ragu jika ratu benar-benar wujud.

Penentang mendakwa filem itu memaparkan kisah percintaan antara Padmavati dan pemerintah Islam kurun ke-14, Alauddin Khilji walaupun berulang kali dibantah pembuat filem.

Beberapa sekolah di sini turut ditutup berikutan serangan ke atas bas sekolah, sementara pengedar di beberapa negeri memutuskan tidak menayangkan filem terbabit bagi mengelak sebarang rusuhan.

Filem epik Bollywood dikenali sebagai 'Padmaavat' itu bagaimanapun masih ditayangkan di hampir 5,000 pawagam seluruh negara bermula hari ini dengan kawalan ketat pihak berkuasa.

Pasukan separa tentera dan polis berpakaian antirusuhan mengawasi penghadang diletakkan di sekitar pawagam di sini, Mumbai dan bandar besar lain.

Bantahan terhadap filem terbabit sudah dimulakan hampir setahun lalu dan mendapat sokongan beberapa kumpulan Hindu selepas ia diluluskan untuk tayangan bulan ini.

"Filem itu akan memperoleh satu bilion rupee (RM61.03 juta) untuk tempoh hujung minggu panjang dari Khamis hingga Ahad walaupun bantahan," kata penganalisis perdagangan Akshaye Rathi merujuk cuti umum Hari Republik India pada Jumaat. -AFP


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram