Tentera Laut AS Didakwa Jual Dadah

Tentera Laut AS Didakwa Jual Dadah

Beberapa anggota Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) yang berpangkalan di Jepun, disiasat atas didakwa menggunadan menjual dadah kepada rakyat tempatan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Beberapa anggota Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) yang berpangkalan di Jepun, disiasat atas didakwa menggunadan menjual dadah kepada rakyat tempatan.

Menurut jurucakap Armada Ketujuh, Komander Clay Doss, Perkhidmatan Penyiasatan Jenayah Tentera Laut (NCIS) sedang menjalankan siasatan ke atas anggota terbabit berpusat di Yokosuka, yang menempatkan kapal pengangkut USS Ronald Reagan.

"Tentera laut tidak akan bertoleransi dengan penyalahgunaan dadah dan akan mengambil tindakan tegas terhadap semua tuduhan yang melibatkan salah laku anggota kami. Tuduhan tersebut masih dalam siasatan dan saya tidak boleh mengulas lanjut," katanya.

Berita siasatan itu pertama kali dilaporkan Wall Street Journal, Jumaat lalu, di mana laporan menyebut sekurang-kurangnya 12 anggota Tentera Laut AS disiasat berkaitan penggunaan serta penjualan dadah.

Pihak berkuasa Jepun turut mengambil bahagian dalam siasatan itu kerana ia melibatkan rakyatnya yang didakwa membeli dadah tersebut. - Press TV


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Quds cartoon 2018
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky