Tillerson Elak Pertembungan Dengan Menteri Luar Korea Utara

  • News Code : 846708
  • Source : ABNA24
Brief

Setiausaha Jabatan Negara Amerika Syarikat dan Menteri Luar Korea Utara cuba sebaik mungkin untuk mengelakkan diri daripada bertembung di antara satu sama lain di dalam persidangan ASEAN yang dianjurkan di Manila, Filipina.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Setiausaha Jabatan Negara Amerika Syarikat dan Menteri Luar Korea Utara cuba sebaik mungkin untuk mengelakkan diri daripada bertembung di antara satu sama lain di dalam persidangan ASEAN yang dianjurkan di Manila, Filipina.

Rex Tillerson dan Ri Yong-Ho berusaha habis-habisan untuk mengelakkan diri daripada bertemu secara langsung di dalam persidangan yang dianjurkan pada hari Ahad iaitu sehari selepas Majlis Keselamatan PBB mengundi untuk meluluskan sebuah resolusi sekatan baharu ke atas Korea Utara. Resolusi itu dirangka dan disarankan oleh A.S kepada badan tersebut.

Sekatan terbaharu yang diterima pakai oleh PBB pada hari Sabtu itu merangkumi sekatan ke atas Korea Utara yang mampu menjejaskan sebanyak satu pertiga daripada pendapatan eksport negara itu yang bernilai USD 3 bilion.

Tillerson turut tidak menyertai majlis makan malam bagi menteri-menteri luar yang menghadiri persidangan tersebut kerana majlis itu turut dihadiri oleh menteri luar Korea Utara.

Korea Utara ditekan daripada pelbagai pihak khususnya Washington di atas program peluru berpandu dan nuklearnya yang menurut mereka penting untuk mengelakkan sebarang bentuk kekerasan ke atas negara itu daripada A.S dan sekutu serantaunya. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram