Tillerson Pertahan Rekod Dasar Luar AS

Tillerson Pertahan Rekod Dasar Luar AS

Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Rex Tillerson, mempertahankan rekod dasar luar negara itu semalam, berkata kemajuan ditunjukkan dalam mengekang program nuklear Korea Utara dan menangani 'cabaran besar' dari Russia, China dan Iran.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Rex Tillerson, mempertahankan rekod dasar luar negara itu semalam, berkata kemajuan ditunjukkan dalam mengekang program nuklear Korea Utara dan menangani 'cabaran besar' dari Russia, China dan Iran.

Dalam ruangan pendapat akhbar New York Times, Tillerson, berkata 90 peratus pendapatan eksport Pyongyang berkurangan susulan siri sekatan antarabangsa selepas pentadbiran Trump 'meninggalkan dasar strategi bersabar yang gagal'.

Ketegangan memuncak secara mendadak di Semenanjung Korea tahun ini selepas rejim itu melancarkan siri ujian atom dan peluru berpandu balistik antara benua dan apabila Trump dan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, saling berbalas serangan lisan.

Washington mahu Korea Utara meninggalkan program nuklearnya dan mengenakan tiga pusingan sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap rejim itu, mengehadkan eksport penting arang batu, besi, makanan laut dan tekstil dari negara berkenaan.

Pyongyang menyelar sekatan, menyifatkan ia pusingan terbaru 'tindakan perang' dan berjanji tidak akan menghentikan program nuklearnya.

Tillerson berkata, 'pintu mengadakan dialog masih terbuka' untuk Pyongyang tetapi memberi amaran 'sehingga program nuklear dihentikan, tekanan akan berterusan'.

Pada masa sama, beliau menggesa China, satu-satunya sekutu Pyongyang, untuk lebih menekan Korea Utara. - AFP


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky