Wakil PBB Lawat Korea Utara

Wakil PBB Lawat Korea Utara

Timbalan Setiausaha Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Mark Lowcock dijadualkan berkunjung ke Korea Utara pada minggu depan dalam lawatan pertama seumpama itu sejak 2011, menurut PBB, hari ini.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Timbalan Setiausaha Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Mark Lowcock dijadualkan berkunjung ke Korea Utara pada minggu depan dalam lawatan pertama seumpama itu sejak 2011, menurut PBB, hari ini.

Ketika kunjungan pada 9 hingga 12 Julai itu, Lowcock dijangka bertemu dengan pegawai kerajaan, rakan kongsi kemanusiaan lain dan pihak yang menerima bantuan untuk memberi kefahaman lebih jelas tentang situasi di negara itu.

Menurut PBB, lebih 10 juta penduduk atau kira-kira 40 peratus daripada populasi penduduk di Pyongyang dilaporkan memerlukan bantuan kemanusiaan. - Reuters


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Quds cartoon 2018
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky