10 Penduduk Palestin Ditahan Tentera Israel

10 Penduduk Palestin Ditahan Tentera Israel

Pihak berkuasa Israel hari ini berkata mereka menahan 10 penduduk Palestin dari Semenanjung Gaza selepas dituduh merancang serangan peluru berpandu dan menawan sebuah kapal tentera laut.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pihak berkuasa Israel hari ini berkata mereka menahan 10 penduduk Palestin dari Semenanjung Gaza selepas dituduh merancang serangan peluru berpandu dan menawan sebuah kapal tentera laut.

Perkhidmatan keselamatan Shin Bet Israel mengumumkan penangkapan itu menerusi satu kenyataan yang menyebut 10 penduduk Palestin dari Rafah di selatan Gaza berada di dalam bot di luar zon perikanan wilayah yang terkepung itu.

Ia mendakwa seorang nelayan yang ditangkap, Amin Juma, 24, terbabit dalam 'aktiviti keganasan' kumpulan militan Jihad Islam.

Menurut kenyataan, Jihad Islam menugaskan beliau mengumpulkan maklumat untuk mempersiapkan serangan menggunakan peluru berpandu Kornet yang menyasarkan kapal tentera laut Israel.

Katanya lagi, rancangan itu adalah untuk menembak kapal Israel dan menahan tebusan yang mungkin digunakan sebagai pertukaran tahanan. - AFP.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram