12 Terbunuh, 30 Cedera Dalam Perhimpunan Pilihan Raya, Perkenal Calon Wanita Di Afghanistan

12 Terbunuh, 30 Cedera Dalam Perhimpunan Pilihan Raya, Perkenal Calon Wanita Di Afghanistan

Sekurang-kurangnya 12 terbunuh manakala 30 cedera dalam serangan letupan pada perhimpunan pilihan raya bagi meraikan wanita sebagai calon dalam pilihan raya Parlimen Afghanistan pada 20 Oktober ini.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Sekurang-kurangnya 12 terbunuh manakala 30 cedera dalam serangan letupan pada perhimpunan pilihan raya bagi meraikan wanita sebagai calon dalam pilihan raya Parlimen Afghanistan pada 20 Oktober ini.

Jurucakap polis di wilayah timur laut Takhar, Khalil Asir berkata, bahan letupan diletakkan di motosikal berhampiran perhimpunan itu, yang sepatutnya memperkenalkan calon, Nazifa Yousufi Bek kepada umum.

"Setakat ini kami menerima laporan 12 orang mati dan 32 orang cedera, termasuk anggota keselamatan dan orang awam," kata Asir.

Setakat ini, tiada kumpulan militan dengan segera menuntut tanggungjawab serangan itu.

Bek adalah salah satu daripada 417 wanita yang bertanding di seluruh negara, dengan sebelum ini terdapat serangan bunuh diri di tempat perhimpunan dan pejabat pilihan raya yang bertujuan memaksa pengundi memboikot undi yang dijadualkan pada Sabtu depan.

Lima calon, kesemua lelaki, telah dibunuh dalam serangan berasingan setakat ini.

Dua lagi telah diculik, dan empat lagi telah cedera oleh militan, kata pegawai pilihan raya.-REUTERS


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky