13 Maut Serangan Bom Angkara Daesh

13 Maut Serangan Bom Angkara Daesh

Serangan pengebom nekad mengorbankan 13 orang dan mencederakan lebih 25 lain pada waktu puncak hari ini di pintu masuk Kementerian Pemulihan Luar Bandar dan Pembangunan di ibu kota ketika kakitangan pulang ke rumah, kata jurucakap kerajaan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Serangan pengebom nekad mengorbankan 13 orang dan mencederakan lebih 25 lain pada waktu puncak hari ini di pintu masuk Kementerian Pemulihan Luar Bandar dan Pembangunan di ibu kota ketika kakitangan pulang ke rumah, kata jurucakap kerajaan.

Agensi berita Daesh, Amaq mengaku bertanggungjawab atas serangan itu namun tidak memberi sebarang bukti.

Serangan berlaku ketika kawalan keselamatan semakin menurun di bandar itu sejak beberapa bulan lalu sebelum pilihan raya dijadualkan Oktober ini.

Jurucakap Kementerian Kesihatan, Wahid Majroh, bagaimanapun berkata, tiada kanak-kanak yang maut.

Jurucakap kementerian itu, Fraidoon Azhand, berkata, pengebom meletupkan diri di pintu masuk kementerian.

"Kami tidak tahu jika semua mangsa adalah kakitangan kementerian atau orang awam. Kementerian memiliki tadika di mana kakitangan menempatkan anak mereka. Kematian di kalangan kanak-kanak tidak mustahil namun buat masa kini kami tidak pasti," katanya.

Daesh mengaku bertanggungjawab atas banyak serangan di ibu kota ini namun pegawai keselamatan berkata, beberapa lagi adalah kerja rangkaian Haqqani, kumpulan dikaitkan Taliban. -Reuters


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Quds cartoon 2018
We are All Zakzaky