150 Ajen Perisikan Arab Saudi Sertai Daesh Di Mosul

  • News Code : 842223
  • Source : ABNA24
Brief

Arab Saudi telah menghantar lebih daripada 100 orang pegawai perisikan mereka ke Mosul untuk berjuang bersama-sama kumpulan pengganas Takfiri Daesh dalam rangka memerangi tentera kerajaan Iraq dan sekutu mereka daripada Unit Gerakan Rakyat (Hashd al-Sha'abi), dedah sebuah laporan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Arab Saudi telah menghantar lebih daripada 100 orang pegawai perisikan mereka ke Mosul untuk berjuang bersama-sama kumpulan pengganas Takfiri Daesh dalam rangka memerangi tentera kerajaan Iraq dan sekutu mereka daripada Unit Gerakan Rakyat (Hashd al-Sha'abi), dedah sebuah laporan.

Sebuah rangkaian televisyen yang berpusat di Lubnan, Al-Manar menukilkan laporan surat khabar Qatar, al-Sharq yang mendedahkan perihal keberadaan 150 orang ajen perisikan Arab Saudi di Mosul yang berjuang bersama-sama kumpulan penngganas Takfiri Daesh. Mereka juga dilaporkan berusaha untuk memperpanjangkan peperangan di negara Arab itu.

Akhbar itu turut menambah bahawa tentera kerajaan Iraq telah berjaya merampas beberapa keping dokumen yang mengesahkan bantuan badan perisikan Arab Saudi kepada para pengganas Daesh. Penemuan itu dibuat selepas mereka berjaya membebaskan Mosul daripada cengkaman kumpulan ganas Takfiri Daesh yang berfahaman Wahhabi itu.

Perdana Menteri Iraq, Haider Abadi pada hari Isnin secara rasminya mengumumkan kemenangan negaranya di dalam memerangi Daesh di Mosul. Bandar itu selama ini menjadi pusat penting bagi kegiatan kumpulan pengganas itu di negara Iraq.

Sebelum operasi pembebasan Mosul bermula, tentera Iraq dan Hashd al-Sha'abi berjaya merampas kembali kawalan ke atas beberapa wilayah negara itu yang pernah ditawan oleh kumpulan pengganas Takfiri Daesh.

Tentera Iraq dan pasukan Hashd al-Sha'abi berjaya membebaskan bandar itu selepas mengharungi pertempuran sepanjang 100 hari. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram