2 Anggota Tentera Saudi Maut Dalam Konflik Yaman

2 Anggota Tentera Saudi Maut Dalam Konflik Yaman

Arab Saudi mengatakan bahawa dua anggota angkatan tenteranya terbunuh di dalam operasi ketenteraannya di Yaman dalam rangka menghakis elemen pejuang Houthi Ansarullah negara jiran Riyadh itu. Insiden tersebut dilaporankan tercetus di kawasan sempadan kedua-dua buah negara.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Arab Saudi mengatakan bahawa dua anggota angkatan tenteranya terbunuh di dalam operasi ketenteraannya di Yaman dalam rangka menghakis elemen pejuang Houthi Ansarullah negara jiran Riyadh itu. Insiden tersebut dilaporankan tercetus di kawasan sempadan kedua-dua buah negara.

Agensi Berita Rasmi Arab Saudi melaporkan bahawa pihak tentera mengumumkan kematian anggota mereka dari unit "pengawal kebangsaan" tanpa memberikan huraian lanjut berhubung di mana dan bila mereka terbunuh.

Agensi berita itu juga melaporkann bahawa pihak tentera Arab Saudi telah menjatuhkan sebuah dron yang beroperasi berhampiran lapangan terbang antarabangsa di bandar Abha iaitu ibukota wilayah Asir di barat daya kerajaan monarki mutlak itu.

Tentera Yaman berkata mereka telah menyerang kedudukan militan yang didukung oleh tentera pakatan pimpinan Arab Saudi di wilayah barat Yaman dengan melancarkan peluru berpandu balistik Qaher 2.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Quds cartoon 2018
We are All Zakzaky