250 Orang Awam Maut Dalam Serangan Raqqa

  • News Code : 859400
  • Source : Sinar Harian
Brief

Sebanyak 250 orang awam terbunuh manakala berpuluh-puluh lagi cedera dalam serangan udara yang dipimpin Amerika Syarikat ke atas bandar Raqqa di Syria sejak empat hari lepas, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan sebuah badan pengawas hak asasi manusia pada Isnin.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Sebanyak 250 orang awam terbunuh manakala berpuluh-puluh lagi cedera dalam serangan udara yang dipimpin Amerika Syarikat ke atas bandar Raqqa di Syria sejak empat hari lepas, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan sebuah badan pengawas hak asasi manusia pada Isnin.

Balai Cerap Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) berkata serangan itu telah meragut nyawa 1,117 orang awam termasuk 267 kanak-kanak dan 164 wanita sejak Jun.

Terdahulu, SOHR yang berpangkalan di Britian berkata 85 peratus daripada bandar itu telah dibebaskan daripada penguasaan militan Daesh. - Bernama


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram