6 Terbunuh Serangan Di Stesen Televisyen Afghanistan

  • News Code : 830373
  • Source : Utusan
Brief

Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh, termasuk seorang pegawai polis selepas beberapa lelaki bersenjata memakai jaket bunuh diri menyerbu sebuah televisyen dan stesen radio nasional di bandar Jalalabad, lapor pihak berkuasa.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh, termasuk seorang pegawai polis selepas beberapa lelaki bersenjata memakai jaket bunuh diri menyerbu sebuah televisyen dan stesen radio nasional di bandar Jalalabad, lapor pihak berkuasa.

Penyerang yang bersenjatakan raifal AK-47, memasuki Radio Televisyen Afghanistan (RTA) lewat petang tadi sebelum ditembak mati dalam pertempuran sengit dengan pasukan keselamatan.

Kumpulan Negara Islam Iraq dan Jajahannya (ISIL) mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu.

Wartawan saluran berita Al Jazeera, John Hendren yang melaporkan dari Kabul, mentafsir kejadian itu sebagai ‘serangan klasik ala ISIL’.

“Tiga penyerang terbunuh begitu juga dengan dua lagi mangsa dan seorang anggota polis,” kata Hendren memetik laporan pegawai polis.

Sekurang-kurangnya 17 orang, termasuk wartawan turut cedera dalam serangan itu yang berlaku di berhampiran dengan pejabat gabenor wilayah dan kawasan yang sibuk.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram