7 Juta Kanak-Kanak Yaman Diancam Kebuluran Teruk

7 Juta Kanak-Kanak Yaman Diancam Kebuluran Teruk

Lebih tujuh juta kanak-kanak di Yaman berdepan ancaman kebuluran serius akibat peperangan berpanjangan selain tidak lagi menjadi negara yang selamat untuk mereka

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Lebih tujuh juta kanak-kanak di Yaman berdepan ancaman kebuluran serius akibat peperangan berpanjangan selain tidak lagi menjadi negara yang selamat untuk mereka. 

“Hari ini, 1.8 juta kanak-kanak bawah umur lima tahun mengalami kekurangan zat makanan manakala 400,000 berdepan malnutrisi akut yang teruk. 

“Lebih separuh daripada 14 juta orang berisiko kebuluran di negara miskin itu adalah kanak-kanak,” kata Pengarah Serantau Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), Geert Cappelaere kepada AFP, semalam. 

Tambahnya, mengakhiri peperangan yang berlaku adalah tidak mencukupi. 

“Apa yang kita perlukan ialah menamatkan peperangan dan mewujudkan sebuah mekanisme kerajaan yang mengutamakan kanak-kanak dan orang ramai. 

“Peperangan memburukkan lagi keadaan di negara yang paling miskin di antara negara-negara Arab yang lain,” katanya. 

Selain itu, Cappelaere mengalu-alukan gesaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melancarkan rundingan damai antara kerajaan dan pemberontak Houthi dalam tempoh sebulan. -AFP.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky