Kira-kira 800 orang penduduk Israel dibuang kerja selepas sebuah mahkamah, semalam mengarahkan penutupan sebuah kemudahan penyimpanan ammonia terbesar Israel yang sebelum ini menerima ancaman kumpulan bersenjata Hezbollah.
Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Kira-kira 800 orang penduduk Israel dibuang kerja selepas sebuah mahkamah, semalam mengarahkan penutupan sebuah kemudahan penyimpanan ammonia terbesar Israel yang sebelum ini menerima ancaman kumpulan bersenjata Hezbollah.
Ketua Haifa Chemicals yang dimiliki Amerika Syarikat (AS), Jules Trump berkata, syarikat itu memecat 800 pekerjanya di dua buah kilang memproses ammonia.
“Kami kerugian berjuta shekel sejak beberapa bulan lalu di sebalik janji kerajaan menawarkan alternatif penyelesaian kepada masalah itu,” kata Trump. - AFP