900 Pelarian Kembali Ke Syria

900 Pelarian Kembali Ke Syria

Kira-kira 900 pelarian Syria di Lubnan kembali ke tanah air mereka, semalam.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Kira-kira 900 pelarian Syria di Lubnan kembali ke tanah air mereka, semalam.

Kumpulan tersebut berkumpul di Shebaa sebelum melintasi sempadan Masnaa untuk memasuki Damsyik.

Difahamkan, ia adalah kumpulan keempat dibawa pulang dalam tempoh sebulan.

Lebih sejuta pelarian Syria berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Beirut.

Kerajaan Lubnan bagaimanapun menganggarkan jumlah sebenar pelarian Syria di negara itu mencecah 1.5 juta orang. - Press TV


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky