A.S Beri Amaran Kepada Syria Berhubung Niat Damsyik Serang Militan Kurdis

A.S Beri Amaran Kepada Syria Berhubung Niat Damsyik Serang Militan Kurdis

Pentagon telah menyeru kerajaan Syria untuk mempertimbangkan semula rancangannya untuk melancarkan serangan terhadap militan Kurdish dan pasukan bersekutu A.S yang beroperasi di kawasan timur laut negara Arab tersebut.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pentagon telah menyeru kerajaan Syria untuk mempertimbangkan semula rancangannya untuk melancarkan serangan terhadap militan Kurdish dan pasukan bersekutu A.S yang beroperasi di kawasan timur laut negara Arab tersebut.

Leftenan Jeneral Kenneth McKenzie, pengarah staf bersama pada hari Khamis berkata bahawa Washington akan menanggapi perkara seperti itu sebagai dasar buruk oleh Damsyik jika mereka bertindak menyerang kumpulan militan SDF yang secara terang-terangan menikmati sokongan tidak berbelah-bahafi daripada A.S.

"Mana-mana pihak yang berkepentingan di Syria perlu memahami bahawa tindakan menyerang Pasukan A.S atau rakan gabungan kami akan menjadi sebuah dasar yang buruk," ugut McKenzie semasa sebuah sidang akhbar.

Kenyataan itu dibuat beberapa jam selepas Presiden Syria Bashar al-Assad di dalam sebuah wawancara televisyen berkata bahawa Amerika Syarikat perlu meninggalkan daerah itu dengan segera memandangkan warga Syria tidak lagi boleh menerima kehadiran tidak sah kuasa asing di negara Arab itu.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Arba'een
mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky