A.S Bertanggungjawab Ke Atas Serangan Yang Membunuh Tentera Militia Tempatan Iraq: PMU

  • News Code : 847175
  • Source : ABNA24
Brief

Seorang pemerintah pasukan militia Iraq (Hashd al-Sha'abi-PMU) mengatakan bahawa pakatan pimpinan Amerika Syarikat bertanggungjawab ke atas serangan yang membunuh anggota pasukan tersebut di kawasan yang terletak berdekatan dengan sempadan Iraq-Syria.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Seorang pemerintah pasukan militia Iraq (Hashd al-Sha'abi-PMU) mengatakan bahawa pakatan pimpinan Amerika Syarikat bertanggungjawab ke atas serangan yang membunuh anggota pasukan tersebut di kawasan yang terletak berdekatan dengan sempadan Iraq-Syria. Pemimpin tentera itu turut menafikan sebarang dakwaan bahawa serangan itu dilancarkan oleh kumpulan pengganas Takfiri Daesh memandangkan mereka tidak memiliki sebarang senjata pintar yang digunakan di dalam serangan tersebut.

Pasukan Syed al-Syuhada yang merupakan salah sebuah kumpulan militia yang beroperasi di bawah panji PMU pada 7 Ogos lepas berkata bahawa kem mereka di kawasan al-Tanf telah diserang dengan bom pintar dan tembakan meriam. Mereka menegaskan bahawa pakatan pimpinan A.S bertanggungjawab di dalam serangan yang mengorbankan 30 orang anggota sukarelawan kumpulan tersebut.

Daesh walau bagaimanapun mengaku bertanggungjawab ke atas serangan tersebut.

Sementara itu, Kolonel Ryan Dillon daripada pasukan tentera A.S yang merupakan jurucakap pakatan pimpinan Washington itu menafikan dakwaan tersebut sambil menyifatkan laporan itu sebagai "tidak tepat." Dillon turut mendakwa bahawa pakatan tersebut tidak pernah melancarkan serangan udara di kawasan itu pada masa yang dinyatakan.

Akan tetapi, jurucakap PMU, Karim al-Nouri berkata bahawa pengganas Daesh tidak akan pernah mampu melancarkan serangan seperti itu memandangkan mereka tidak memiliki bom pintar yang telah digunakan di dalam serangan tersebut.

Beliau turut menyifatkan serangan itu sebagai sebuah tindakan "sengaja" dan berkata bahawa A.S tidak mungkin secara ralat menyasarkan kedudukan tentera Iraq.

Menurut beliau, sebelum insiden tersebut, A.S telah mengancam pasukan Hashd al-Sha'abi untuk tidak mendekati kawasan sempadan Syria-Iraq.

Abu Ala al-Wella’ei yang memimpin kumpulan Syed al-Syuhada pada hari Selasa memberitahu agensi berita Tasnim bahawa serangan tersebut disusuli dengan serangan daripada kumpulan pengganas Takfiri Daesh ke atas kedudukan PMU di kawasan itu.

Menurut beliau, serangan-serangan itu menunjukkan kerjasama di antara pakatan pimpinan A.S dan kumpulan pengganas Takfiri Daesh.

Beliau turut menafikan sebarang dakwaan bahawa serangan itu mungkin dilancarkan secara ralat oleh A.S memandangkan terdapat banyak dron yang dioperasikan di sana untuk memberikan gambaran penuh kepada A.S ke atas kawasan tersebut. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

We are All Zakzaky
Telegram