A.S Bunuh 30 Anggota Tentera Sukarela Iraq

  • News Code : 846910
  • Source : ABNA24
Brief

Tentera Amerika Syarikat dilaporkan menyerang sebuah kem tentera milik pasukan militia Iraq yang dikenali briged Sayed al-Syuhada sekaligus menyebabkan 30 anggota kumpulan tersebut terbunuh.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Tentera Amerika Syarikat dilaporkan menyerang sebuah kem tentera milik pasukan militia Iraq yang dikenali briged Sayed al-Syuhada sekaligus menyebabkan 30 anggota kumpulan tersebut terbunuh.

Kumpulan militia tersebut beroperasi di bawah payung angkatan gerakan mobilisasi rakyat atau Hashd al-Sha'abi.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh kumpulan itu pada hari Isnin, kem mereka telah diserang oleh meriam dan peluru bijak milik tentera A.S.

Di dalam kenyataan itu, kumpulan tersebut turut menggesa kerajaan Iraq untuk melancarkan siasatan menyeluruh ke atas insiden yang meragut nyawa anggota mereka. Mereka turut mengatakan bahawa tindakan A.S itu pasti akan dibalas dengan setimpalnya.

Hashd al-Sha'abi adalah sebuah angkatan sukarelawan yang dibentuk selepas Iraq diserang oleh kumpulan pengganas Takfiri Daesh pada tahun 2014. Pada awal penubuhannya, kumpulan itu banyak membantu tentera Iraq yang mengalami banyak kekalahan ketika berhadapan dengan kumpulan pengganas Takfiri Daesh.

Pada bulan November lepas, parlimen Iraq mengiktiraf Hashd al-Sha'abi sebagai angkatan bersenjata rasmi negara Arab itu dan memiliki hak yang sama seperti tentera biasa.

Hashd al-Sha'abi pada ketika ini sibuk bekerjasama dengan tentera Iraq dalam membersihkan negara itu daripada unsur Daesh. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

We are All Zakzaky
Telegram