A.S Gagal Capai Objektif Di Syria: Hassan Nasrallah

A.S Gagal Capai Objektif Di Syria: Hassan Nasrallah

Setiausaha Agung Pergerakan Hizbullah Lebanon mengatakan bahawa Amerika Syarikat dan sekutunya iaitu Britain dan Perancis, tidak dapat mencapai sebarang matlamat daripada serangan peluru berpandu yang baru-baru ini dilancarkan ke atas negara Syria.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Setiausaha Agung Pergerakan Hizbullah Lebanon mengatakan bahawa Amerika Syarikat dan sekutunya iaitu Britain dan Perancis, tidak dapat mencapai sebarang matlamat daripada serangan peluru berpandu yang baru-baru ini dilancarkan ke atas negara Syria.

Di dalam ucapannya di hapadan para penyokong gerakan tersebut -melalui ucapan televisyen dari ibukota Lebanon di Beirut- pada petang Ahad, Syed Hassan Nasrallah berkata bahawa serangan tersebut bertujuan untuk melemahkan keazaman bangsa Syria dan angkatan bersenjata pihak pemerintah. Akan tetapi, menurut beliau, serangan itu bahkan telah meningkatkan daya tahan dan keteguhan bangsa Syria.

"Sekiranya serangan ini bertujuan untuk menaikkan semangat kumpulan bersenjata (militan dan pengganas), maka perkara itu benar-benar mengecewakan mereka!" Kata Ketua Hizbullah itu.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram